Susilo Bambang Yudhoyono (lahir 9 September 1949; lebih dikenali sebagai SBY) ialah presiden Indonesia yang terkini.
Melalui pindaan Undang-Undang Dasar Republik Indonesia 1945 yang memungkinkan presiden dipilih secara langsung oleh rakyat, beliau telah dipilih menjadi Presiden Republik Indonesia pertama pilihan rakyat serta presiden Indonesia keenam selepas dilantik pada 20 Oktober 2004 bersama Naib Presiden Jusuf Kalla. Kerjaya tenteranya terhenti ketika beliau diangkat Presiden Abdurrahman Wahid sebagai Menteri Pelombongan dan Tenaga pada tahun 1999 dan termuncul sebagai salah seorang pengasas Parti Demokrat. Pangkat terakhir sebelum persaraannya pada 25 September 2000 ialah Jeneral Tentera Nasional Indonesia.
Keluarga

Selain daripada tinggal di kediaman keluarganya di Bogor, SBY juga tinggal di Istana Merdeka di Jakarta. Beliau berkahwin dengan Kristiani Herawati, anak ketiga kepada Almarhum Jen. (Purn) Sarwo Edhi Wibowo, komandan RPKAD (kini Kopassus) yang membantu menumpaskan Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1965. Mereka dikurniakan dengan dua orang anak lelaki: Agus Harimurti Yudhoyono (lahir 1979), dan Edhie Baskoro Yudhoyono lahir 1982).
Agus memperoleh kelulusan SMA Taruna Nusantara tahun 1997 dan Akademi Tentera Indonesia pada tahun 2000. Seperti ayahnya, dia juga mendapatkan penghargaan "Adhi Mekayasa". Agus adalah seorang Leftenan Satu TNI Angkatan Darat yang bertugas dalam sebuah batalion infantri di Bandung, Jawa Barat. Dia berkahwin dengan Anissa Larasati Pohan, seorang pelakon yang merupakan anak bekas Naib Presiden Bank Indonesia. Sejak pertengahan 2005, Agus menuntut pendidikan untuk ijazah saujananya dalam Penyelidikan Strategik di Institut Penyelidikan Pertahanan dan Strategi, Singapura.
Anak yang bongsu, Edhie Baskoro, lulus dengan Kelas Pertama berganda dalam Perdagangan Kewangan dan Perdagangan Elektrik pada tahun 2005 dari Universiti Teknologi Curtin di Perth, Australia Barat.

Keluarga Yudhoyono
0 komentar:
Posting Komentar